suria

Bae Yong Joon Belanja Makan Peminat RM32 Ribu

Yong Joon bermurah hati membayar bil makanan peminatnya yang menunggu diluar hotel untuk menyaksikan perkahwinannya pada Isnin lalu.
AKTOR Bae Yong Joon bermurah hati untuk membayar bil makanan 200 peminatnya yang berkumpul di luar Hotel Sheraton Grande Walkerhill, Seoul pada majlis perkahwinannya, Isnin lalu.

Korea Herald
melaporkan syarikat milik Yong Joon iaitu Keyeast Entertainment menyediakan kupon makanan bagi membolehkan mereka menikmati hidangan di restoran hotel berkenaan.

Jumlah kesemua bil yang perlu dibayar oleh pelakon drama bersiri Winter Sonata itu dianggarkan kira-kira RM32,000.

Peminat termasuk dari Jepun berkumpul di perkarangan hotel berkenaan sejak pagi dengan harapan dapat bersalaman dan mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin.

Yong Joon berkahwin dengan aktres Park Soo Jin pada majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan teman rapat.
Bae Yong Joon.

Artikel Lain