suria

SM Entertainment Bakal Tampilkan Kumpulan Muzik Baharu

SME telah memuatnaik sebuah foto anggota kumpulan remaja baru yang akan dilancarkan tidak lama

AGENSI pengursan bakat di Korea Selatan iaitu SM Entertainment (SME) yang terkenal dengan barisan artis naungan hebat seperti Super Junior, Girls Generation dan EXO bakal memperkenalkan kumpulan anak muda lelaki baru tidak lama lagi.

Menurut laporan portal Nate, SME sudahpun menyiapkan album kumpulan muzik itu yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.

"Difahamkan boyband yang bakal muncul ini sangat baru dan SME mengubah imej mereka berbeza dengan kumpulan-kumpulan lain yang sedia ada.

"Tetapi berdasarkan apa yang dilihat, boyband  tersebut tiada istimewanya, SME seperti sudah hilang sentuhan. Tak tahulah sama ada boyband ini mampu menarik perhatian dunia," kata sumber.

Baru-baru ini SME telah memuatnaik sebuah foto anggota kumpulan muzik remaja baru yang akan dilancarkan tidak lama lagi menerusi beberapa laman sosial milik mereka. 

SM Entertainment

Artikel Lain