suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Caitlyn Jenner Bertemu Bekas Isteri Selepas Bergelar Transgender

Kris bertemu dengan bekas suaminya selepas bekas pemenang pingat emas Olimpik itu bergelar transgender.
BINTANG realiti dan bekas pemenang pingat emas sukan Olimpik, Caitlyn Jenner buat pertama kalinya bertemu dengan bekas isterinya, Kris Jenner selepas dia bergelar wanita transgender.

TMZ melaporkan pasangan itu bertemu di kediaman Caitlyn, 65, yang sebelum ini dikenali sebagai Bruce Jenner di Malibu.

Pada pertemuaan itu, mereka dipercayai berbincang mengenai beberapa isu yang masih belum selesai di antara mereka selepas bercerai tahun lalu.

Kris, 59, nekad bertemu dengan bekas suaminya itu selepas mereka tidak lagi bercakap apabila mengetahui Caitlyn ingin menjadi seorang wanita.

"Dia kesal dengan apa yang berlaku biarpun mereka berdua mempunyai dua orang anak bersama iaitu Kendall dan Kylie dan pernah berkahwin selama 24 tahun," kata sumber.

Sementara itu, Kris dalam satu temubual memuji keberanian Caitlyn selain memberitahu dia adalah bapa terbaik untuk anak-anaknya.

"Apa yang dilakukan Caitlyn sangat mengagumkan dan berani. Saya rasa dia kelihatan cantik," ujarnya.

Artikel Lain