suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Heboh Julien Kang Bercinta Dengan Model Jang Sung Hee

PELAKON kacak Julien Kang dikhabarkan sedang bercinta dengan seorang model cantik bernama Jang Sung Hee.

Khabar tersebut tersebar selepas media melaporkan tentang hubungan mereka menerusi maklumat yang diperoleh daripada sumber terdekat.

"Julien Kang dan model Jang Sung Hee sedang bercinta dan sedang merancang untuk berkahwin, mereka berkenalan ketika pertemuan di sebuah acara hiburan.

"Julien juga dikhabarkan sering datang ke rumah wanita itu sehingga disedari jiran tetangga," tulis media tersebut.

Bagaimanapun, agensi Julien Kang segera menafikan kedua-dua mereka mempunyai hubungan istimewa.

"Berita tersebut tidak benar, dia juga sangat terkejut dengan berita itu. Memang benar mereka rapat, namun ia hanya seperti adik beradik sahaja kerana kedua-dua mereka bermula dalam bidang peragaan," ujarnya.
Julien Kang

Artikel Lain