suria

Penerbit Siri 'Glee' Teman Lelaki Gwyneth Paltrow

Gwyneth Paltrow (kiri) dilaporkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan penerbit siri Glee, Brad Falchuk.
PELAKON Gwyneth Paltrow dilaporkan sudah bersedia untuk mendedahkan hubungan cintanya dengan penerbit siri Glee, Brad Falchuk secara terbuka.

Pasangan itu dikatakan mula menjalinkan hubungan sejak Ogos tahun lalu namun enggan ia diketahui umum memandangkan perpisahannya dengan bekas suami, Chris Martin masih baharu.

Chris dan Gwyneth bercerai pada Mac 2014 selepas 10 tahun berkahwin dan dikurniakan dua cahaya mata.

"Seperti mana Chris yang terbuka dengan hubungannya dengan aktres Jennifer Lawrence, Gwyneth juga mahu berbuat demikian dan mengiktiraf Brad sebagai teman lelakinya kepada umum.

"Hubungan tersebut adalah fasa baharu dalam hidupnya dan dia berhak untuk bahagia," kata sumber seperti dilaporkan majalah Female First.

Pasangan itu sebelum ini dilaporkan telah bercuti bersama di Eropah.
Gwyneth Paltrow

Artikel Lain