suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Han Jung Woo Pernah Jatuh Hati Pada Jun Ji Hyun

Han Jung Woo Akui (kanan) dan Jun Ji Hyun
PELAKON Han Jung Woo mengakui pernah jatuh hati dengan aktres Jun Ji Hyun ketika mereka sama-sama bergandingan dalam filem terbaharu berjudul Assassination.

Allkpop
melaporkan Jung Woo membuat pengakuan itu ketika muncul dalam program Weekly Entertainment untuk mempromosikan filem berkenaan pada 27 Jun lalu.

"Mungkin ini perkara paling berbahaya yang akan saya katakan tetapi saya sukakan dia," katanya secara spontan ketika ditanya mengenai hubungannya dengan aktres tersebut.

Jung Woo memberitahu wanita berkenaan sangat berbakat besar selain mempunyai kecantikan yang memikat hatinya.

Paling menarik, ketika dia membuat pengakuan tersebut, Ji Hyun turut bersama-samanya ketika sesi temuramah berkenaan.

"Apa yang diluahkan Jung Woo sangat manis tetapi kami hanya temab biasa," kata Ji Hyun sebagai respon kepada kenyataan lelaki berkenaan.
Han Jung Woo, Jun Ji Hyun

Artikel Lain