suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Brad Pitt & Angelina Jolie Bakal Bercerai Selepas 'By The Sea'

Brad Pitt dan Angelina Jolie
SEJAK dikhabarkan bakal bercerai beberapa minggu lalu, sehingga kini, Angelina Jolie mahupun Brad Pitt belum memberi kenyataan rasmi mengenai hubungan mereka.

Menurut laporan Celeb Dirty Laundry, Brad dikatakan rimas dan tidak tahan dengan perkahwinan mereka dan merasakan perpisahan adalah cara yang terbaik.

"Brad adalah orang yang meminta untuk berpisah kerana begitu tertekan dengan sikap Angelina yang suka mengawal pergerakannya sejak awal perhubungan terjalin," kata sumber.

Bagaimanapun, Jolie memberikan satu syarat kepada suaminya untuk berpura-pura mesra sehinggalah filem lakonan kedua-dua mereka iaitu By The Sea dikeluarkan dalam masa terdekat ini.

Dalam pada itu, filem tersebut merupakan terbitan pasangan suami isteri itu di mana Angelina adalah penerbit dan penulis skrip.
Brad Pitt, Angelina Jolie

Artikel Lain