suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ben Affleck & Jennifer Garner Berpisah

Ben Affleck (kiri) dan Jennifer Garner
PASANGAN artis iaitu Ben Affleck dan Jennifer Garner akhirnya berpisah selepas 10 tahun berumah tangga.

Pasangan itu yang berkahwin pada 2005 mempunyai tiga orang anak berusia antara tiga tahun dan enam tahun.

Perpisahan mereka dilakukan dalam keadaan yang sukar.

"Kami akan teruskan hubungan sebagai sahabat selain akan memberi komitmen dalam membesarkan anak-anak,” kata mereka.

Affleck, 42, melakonkan watak sebagai Batman dalam filem akan datang iaitu Batman v Superman.

Garner, 43, pula dikenali dalam filem Juno dan Dallas Buyers Club.

Affleck selama ini senang dengan kerjayanya sebagai pelakon dan pengarah.

Dia pernah memenangi anugerah Oskar bagi kategori lakon layar terbaik menerusi filem Good Will Hunting pada tahun 1997.

Dalam pada itu Garner pula berjaya sebagai pelakon apabila memenangi anugerah di Golden Globe dengan memegang watak sebagai ejen penyiasatan CIA dalam drama televisyen Alias.

Sumber berkata, perpisahan mereka itu dilakukan secara baik. - BBC News
Ben Affleck, Jennifer Garner

Artikel Lain