suria

Lee Seung Gi Mohon Maaf Tunda Pelancaran Album

Lee Seung Gi
PENYANYI Lee Seung Gi tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada peminat kerana pihak pengurusan telah menunda tarikh pelancaran album terbaharunya.

Soompi melaporkan, tarikh pelancaran yang sepatutnya diadakan pada 4 Jun lepas telah ditunda kepada 10 Jun ini akibat beberapa masalah.

"Lee dikatakan masih melakukan proses terakhir untuk menyiapkan album tersebut kerana ingin memberikan karya yang terbaik kepada pedenggarnya supaya mereka berpuas hati dengan apa dihasilkan," ujar pihak penggurusan Lee.

Album yang bakal dilancarkan ini merupakan hasil ciptaan sepenuhnya daripada Lee sendiri sebagai hadiah kepada peminat yang merindui nyanyiannya.

Terdahulu, Lee telah melancarkan album bertajuk Forest pada tahun 2012 sebelum mengambil keputusan berhenti menyanyi untuk memberi fokus sepenuhnya kepada bidang lakonan.
Lee Seung Gi

Artikel Lain