suria

Isu Lagu Yoon Mi Rae Selesai Luar Mahkamah

Lagu penyanyi Korea Selatan, Yoon Mi Rae digunakan tanpa kebenaran dalam filem Hollywood, The Interview.
ISU berhubung penggunaan lagu penyanyi Yoon Mi Rae tanpa kebenaran dalam sebuah filem terbitan Amerika Syarikat iaitu The Interview berjaya diselesaikan di luar mahkamah.

Korea Herald melaporkan Mi Rae dan Sony Pictures Entertainment pada Rabu lalu berpuas hati dengan persetujuan yang dicapai kedua-dua belah pihak.

Pada Disember tahun lalu, syarikat pengurusan Mi Rae, Feel Ghood Music memfailkan saman terhadap Sony Pictures Entertainment di mahkamah di Los Angeles selepas mendakwa lagu Pay Day digunakan dalam filem berkenaan tanpa kebenaran.

The Interview sebuah filem komedi yang mengisahkan tentang rancangan pembunuhan ketua Korea Utara, Kim Jong Un.

Agensi itu mendakwa, penggunaan lagu berkenaan turut menyebabkan salah faham di antara Korea Selatan dan Korea Utara yang umum ketahui tidak menjalinkan sebarang hubungan.

Sony Pictures dalam satu kenyataan kepada Yonhap News Agency mengakui telah menggunakan lagu berkenaan tanpa kebenaran dan kedua-dua belah pihak berjaya menyelesaikan perkara itu dengan baik.

Agensi mewakili Mi Rae turut mengesahkan berita berkenaan bagiamanapun enggan mengulas tentang butiran penyelesaian yang dibuat di antara kedua belah pihak.

Pay Day yang turut menampilkan suaminya yang juga penyanyi rap, Tiger JK adalah lagu daripada album ketiga Mi Rae pada 2007.
Yoon Mi Rae, The Interview.

Artikel Lain