suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rain Dipilih Artis Berpengaruh Di Dunia

Rain

RAIN merupakan artis K-Pop yang berpengaruh di dunia selepas memenangi anugerah itu di China Music Awards (CMA), baru-baru ini.

Penyanyi dan pelakon itu merupakan artis Korea Selatan memenangi anugerah tersebut selepas melibatkan diri dalam industri hiburan sejak tahun 1998.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang memberi sokongan sehingga berjaya memenangi anugerah ini kerana tanpa mereka saya tidak akan berada di sini," katanya seperti dilaporkan KPopstarz.

Pada majlis tersebut Rain turut menghiburkan para tetamu dengan menyanyikan lagu popular miliknya iaitu La Song dan 30 Sexy.

Dia mula dikenali selepas membintangi drama Full House pada tahun 2004 yang menjadi satu fenomena bukan sahaja di negaranya bahkan ia mendapat sambutan yang baik di negara-negara Asia lain.

Rain

Artikel Lain