suria

Jaden Smith Sekali Lagi Berimej Wanita

Jaden semakin berimej pelik sejak akhir-akhir ini

SEKALI lagi anak kepada aktor terkenal Will Smith iaitu Jaden mengejutkan para peminatnya apabila tampil bersama pengikat kepala berbunga.

Jaden, 16, dilihat memakai pengikat kepala yang berwarna merah dihiasi dengan bunga ros plastik apabila dia tiba di Festival Coachella di California, Amerika Syarikat.

Jaden Smith

Selain itu, fesyen berani Jaden seiring dengan gaun wanita singkat berwarna hitam dengan corak flora putih berbunga merah.

Ramai pihak masih tidak dapat menilai sama ada fesyen yang digayakannya kelihatan hebat atau terlalu pelik memandangkan dia sering memperagakan pakaian wanita.

Terdahulu, Jaden menggayakan jaket lengan panjang, singlet putih dan seluar pendek yang kelihatan seperti skirt di Calabasas, California pada minggu lalu.

Artikel Lain