suria

Furious 7 Catat Rekod Baru Kutipan Jualan Tiket Di China & Rusia

Mendiang Paul Walker muncul buat kali terakhir dalam filem Furious 7 sebelum dia meninggal dunia dalam satu kemalangan kereta di Valencia, Santa Clarita, California, Amerika Syarikat pada 30 November 2013 pada usia 40 tahun. .

FILEM terbaru keluaran Studio Universal, 'Furious 7' telah mencecah kutipan panggung sebanyak AS$68.6 juta di pasaran China iaitu yang terbesar dalam tayangan hari pertama di negara itu sekaligus memberi indikasi yang filem ini akan mengatasi kutipan yang dicatatkan oleh 'Transformers: Age of Extinction' sebanyak AS$310 juta pada musim panas tahun lalu.

Filem terakhir lakonan mendiang Paul Walker itu telah pun mendapat sambutan luar jangkaan di seluruh Amerika Utara. Keseluruhannya, 'Furious 7' yang masuk panggung dua minggu yang lalu di seluruh dunia telah mencatatkan jualan tiket sebanyak AS$800.5 juta - mengatasi kutipan yang dibuat oleh "Fast & Furious 6'.

Menurut laporan portal berita The Hollywood Reporter, data daripada Entgroup menunjukkan yang filem tersebut telah ditayangkan di 95,604 panggung di seluruh Negeri China yang turut menyaksikan sejumlah 10.16 juta orang menontonnya pada hari Ahad lalu sahaja.

Ia adalah catatan tertinggi dalam sejarah tayangan minggu pertama di negara itu setakat ini.

Filem 'Transformers: Age of Extinction' masih mengekalkan rekod sebagai filem dengan kutipan tertinggi pada minggu tayangan pertama di Negeri China.

'Furious 7' kini diramalkan mampu mengutip sehingga AS$350 juta.

Kehadiran Vin Diesel, Jason Statham dan Michelle Rodriguez di Beijing pada hujung Mac lalu untuk mempromosi filem ini turut menyumbang kepada sambutan luar biasa apatah lagi selepas Diesel membuat kenyataan ada kemungkinan pengambaran 'Furious 8' akan dibuat di China.

Ia telah mencatatkan rekod jualan tiket bukan sahaja di China malah di Rusia, dengan kutipan sehingga AS$15 juta dalam tempoh empat hari pertama tayangan.

Artikel Lain