suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lee Kwang Soo Pilih 'Running Man' Berbanding Kekasih

Lee Kwang Soo

PELAKON Lee Kwang Soo mengakui lebih mementingkan kerjaya daripada menghabiskan masa untuk mengenali seorang wanita atau mempunyai kekasih.

Allkpop melaporkan Lee Kwang Soo mengakui bahawa sukar untuk memahami perasaan seorang wanita sehingga menyebabkan dirinya lebih gemar fokus kepada kerjayanya.

"Saya merupakan sesorang lelaki yang sukar untuk mendekati dan memahami hati wanita kerana kebanyakan masa dihabiskan di lokasi penggambaran bersama kru (Running Man).”

"Setelah hampir lima tahun bersama program tersebut ia adalah lebih berharga jika dibandingkan untuk berfikir mengenai kekasih," katanya.

Lee Kwang Soo menerima gelaran Prince Of Asia oleh peminatnya dan diberi beberapa gelaran lain seperti zirafah kerana ketinggiannya yang mencecah 190 meter serta si pengkhianat menerusi program Running Man.

Running Man, Lee Kwang Soo

Artikel Lain