suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Girls Generation Tetap Digilai Tanpa Jessica

SEJAK salah seorang ahlinya Jessica Jung mengambil keputusan keluar daripada kumpulan Girls Generation Oktober tahun lalu, ramai yang tertanya-tanya sama ada kumpulan ini akan mampu bertahan.

Namun tanggapan tersebut silap apabila, konsert terbaharu mereka yang diadakan di venue prestisius, Tokyo, Jepun pada 9 Disember lalu masih mendapat sambutan.

Konsert tersebut didokumentasikan ke dalam bentuk cakera padat dan Blu-ray kepada peminat-peminat yang tidak dapat menyaksikan persembahan mereka.

DVD yang dilancarkan pada 1 April mendapat sambutan yang sangat baik dan menduduki tempat pertama di carta Oricon di Jepun.

Seperti dipetik daripada Soompi, kumpulan itu mengungguli carta kategori Daily DVD, DVD Music, dan Blu-Ray Disc.

Kejayaan ini sekaligus membuktikan bahawa Girls Generation masih popular biarpun tanpa ahlinya Jessica.

Girls Generation, Jessica Jung

Artikel Lain