suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hubungan Zayn Malik & Perrie Edwards Kembali Pulih

Zayn dan Perrie ketika bercuti di Paris baru-baru ini.

PASANGAN selebriti remaja Zayn Malik dan Perrie Edwards menjadi perhatian dalam hiburan dunia selepas isu pergolakan hubungan mereka mendapat liputan meluas media antarabangsa.

Menurut laporan E! Online, hubungan mereka bagaimana pun kembali pulih selepas kedua-dua mereka dilihat berpimpinan tangan semasa bercuti di Paris baru-baru ini.

"Mereka kelihatan sangat mesra dan berpimpinan tangan semasa bersiar-siar di tempat awan ketika bercuti di Paris.

"Zayn banyak menghabiskan masa bersama tunangnya dan sempat berkongsi detik tersebut bersama peminat menerusi akaun Instagram milik mereka serta menepis dakwaan hubungan tersebut telah putus," kata sumber.

Hubungan Zayn dan Perrie berantakan selepas gambar Zayn berpegangan tangan dengan seoraong pelajar iaitu Lauren Richardson ketika bercuti di Thailand.

Terdahulu, Zayn mengambil mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan One Direction selepas pelbagai kontroversi yang menimpanya. 


Zayn Malik, One Direction.

Artikel Lain