suria

Jang Hyuk Menanti Kelahiran Anak Ketiga

Jang Hyuk sedang menanti kelahiran anak ketiganya.

PELAKON drama bersiri Fated To Love You, Jang Hyuk kini sedang menanti kelahiran bayi ketiganya tidak lama lagi.

Soompi melaporkan hasil pernikahannya bersama Kim Yeo Jin pada 2008, mereka dikurniakan dua orang anak yang lahir pada 2008 dan 2009.

Selepas lima tahun membesarkan anak-anak mereka, sekali lagi isterinya hamil dan kini sedang menanti kelahiran bayi ketiga tersebut.

Dua orang anak yang dikurniakan sebelum ini merupakan anak lelaki dan dikatakan anak ketiga ini mungkin bayi perempuan.

Tambah beliau, isterinya dijangka melahirkan bayi tersebut pada pertengahan April ini.

"Isteri saya sedang hamil anak ketiga kami dan mengikut tarikh yang diberi, bayi akan dilahirkan pertengahan April ini," katanya kepada media.

Jang Hyuk.

Artikel Lain