suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hugh Grant Tidak Percaya Pada Perkahwinan

Hugh Grant tidak akan berkahwin dan lebih selesa membujang.

PELAKON filem Notting Hill, Hugh Grant memberitahu dia tidak mempercayai kepada perkahwinan dan lebih selesa untuk menjadi lelaki bujang.

Bercakap kepada majalah People, Hugh, 54, berkata, dia tidak mahu berkahwin kerana bimbang rumah tangganya tidak berkekalan.

"Sepanjang hidup, saya hanya dapat melihat sekurang-kurangnya lima perkahwinan yang berjaya berkekalan dan selebihnya gagal dipertahankan.

"Sebab itu saya tidak percaya kepada perkahwinan dan lebih senang hidup membujang," katanya.

Bagaimanapun kata Hugh, itu bukan bererti dia tidak mahu hidup berkeluarga malah menganggap kehadiran tiga cahaya matanya membuatkan hidupnya lebih bermakna.

"Tiga anak-anak saya adalah harta paling berharga," katanya yang bakal muncul dengan filem terbaharu berjudul The Rewrite.


Hugh Grant.

Artikel Sebelum

Artikel Lain