suria

Yoon Eun Hye Enggan Sertai 'Running Man'

Yoon Eun Hye tolak tawaran untuk muncul dalam program Running Man.

PELAKON Yoon Eun Hye enggan membuat kemunculan dalam program popular Running Man biarpun telah dipujuk beberapa kali oleh pihak penerbit.

Soompi melaporkan Eun Hye memberi alasan jadualnya ketat dan tidak boleh memberi komitmen kepada program itu biarpun ramai peminat mahu melihatnya beraksi dalam rancangan berkenaan.

"Dia sentiasa memberi alasan sibuk dengan kerjayanya walaupun telah beberapa kali dipujuk oleh pihak penerbit sendiri.

"Bagaimanapun pihak kami masih berharap dia akan bersetuju," kata salah seorang krew produksi Running Man.

Dalam pada itu, timbul desas desus mengatakan Eun Hye menolak tawaran itu kerana gosip cintanya dengan salah seorang artis yang turut terlibat dalam Running Man iaitu Kim Jong Kook.

Hubungan mereka dikatakan rapat selepas sama-sama membintangi program X-Man.

Yoon Eun Hye, Running Man.

Artikel Berikut

Artikel Lain