suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Clara Nafi Tidak Beri Kerjasama Kes Gangguan Seksual

Clara
AKTRES Clara menafikan tidak memberikan kerjasama sehingga kes melibatkannya dengan bekas agensi pengurusan iaitu Polaris Entertainment beberapa kali tertangguh.

Malah agensi berkenaan turut dilaporkan berkata, pihak mereka sukar mendapatkan kerjasama denagn Clara kerana status kesibukannya sebagai artis.

Banyak tuduhan diperkatakan apabila kedua-dua pihak gagal menyelesaikan kes berkenaan selepas laporan pertama dibuat kononnya ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat berkenaan melakukan gangguan seksual terhadap Clara.

Clara dalam penafiannya kepada Polaris Entertainment berkata, pihaknya tidak dipanggil oleh polis untuk menjalankan siasatan.

"Kami sudah beritahu kepada pihak polis beberapa kali yang kami akan hadir untuk membantu siasatan sekiranya diperlukan. Kami ada bukti rakaman perbualan dengan pegawai penyiasat itu.

"Kami percaya, kenyataan dan tuduhan yang dibuat oleh Polaris Entertainment itu adalah satu penipuan," kata Clara.

Wanita itu  telah membatalkan kontraknya dengan Polaris Entertainment kerana CEO syarikat berkenaan menganggunya secara seksual pada September 2014. – koreaboo.com
Clara

Artikel Berikut

Artikel Lain