suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kim Kardashian Pertahan Bapa Tiri Bakal Tukar Jantina

Kim Kardashian.

BINTANG realiti Kim Kardashian tampil mempertahankan bapa tirinya iaitu Bruce Jenner berhubung laporan mengatakan bekas atlet itu bakal menukar jantinanya kepada wanita.

Kim menerusi laporan E! Online bagaimanapun enggan mengesahkan mengenai dakwaan tersebut dan menjelaskan adalah lebih baik perkara itu datang daripada mulut lelaki itu sendiri.

Jelas Kim lagi, sejak Bruce, 65, bercerai dengan ibunya Kris Jenner, bapa tirinya itu kelihatan gembira dan dia akan sentiasa menyokong apa juga keputusan yang hendak dibuat orang tuanya itu.

Bahagian dada Bruce dilihat besar dan dia mengenakan baju dalam wanita. 

"Apa yang pasti dia sangat gembira dengan kehidupannya sekarang dan saya sebagai anak sentiasa menyokong dan mendoakannya," kata Kim.

Spekulasi mengenai perkara itu timbul apabila penampilan fizikal Bruce dilihat berbeza sehingga menimbulkan tanda tanya peminat.

Selain menyimpan rambut panjang dan menipiskan keningnya, Bruce mula mewarnakan kukunya selain dia mengenakan baju dalam wanita.

Bruce Jenner, Kim Kardashian.

Artikel Lain