suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pasha (Ungu) Bakal Calon Wakil Rakyat

Pasha (Ungu)
JAKARTA: Vokalis kumpulan Ungu iaitu Pasha menyatakan hasrat untuk melibatkan diri dalam dunia politk dan bakal bertanding untuk merebut jawatan sebagai wakil kota daerah Palu, Sulawesi Tengah.

Pasha atau nama sebenarnya Sigit Purnomo Syamsuddin Said, 35, dijangka bertanding bagi sesi pemilihan 2015-2020.

Kata Pasha, setakat ini sudah ada dua parti politik mahu memancingnya untuk menyertai parti mereka.

“Setakat ini sudah ada dua  yang cuba memancing saya. Partinya apa? Lihat saja warna kereta saya (biru),” kata Pasha memberi gambaran mengenai parti yang bakal diwakilinya.

Kata Pasha, dia akan mendaftarkan diri sebelum menyertai pemilihan umum wakil rakyat peringkat daerah pada Februari depan.

Ujarnya, selepas pendaftaran berkenaan, dia akan melalui proses berkempen sebelum pemilihan akan berlangsung sama ada November atau Disember depan. – Kompas.com
Pasha Ungu

Artikel Lain