suria

Lee Joon & Jung Yong Hwa Bertengkar Kerana Wang

Lee Jong dan Jung Yong Hwa bertengkar kerana mereka berdua enggan membayar makanan disebuah restoran.

SIKAP buruk Jung Yong Hwa dipaparkan dalam sebuah program realiti iaitu 'Jung Yong Hwa Hologram' dan ia membuatkan peminat pelakon dan penyanyi itu terkejut.

Soompi melaporkan Yong Hwa berperang mulut dengan bekas anggota kumpulan MBLAQ iaitu Lee Joon apabila lelaki itu enggan mengeluarkan wang untuk membayar makanan disebuah restoran.

"Sifat kedekutnya keterlaluan sehingga sanggup berperang mulut dengan Lee Joon bagi mempertahankan tindakannya yang enggan membayar mengeluarkan wang untuk membayar makanan mereka.

"Kejadian itu menyebabkan berlaku pertikaman lidah diantara mereka," kata Lee Joon Shin yang turut terlibat dalam program tersebut.

Bagaimanapun kata Joon Shin perkara itu akhirnya diselesaikan dengan cara baik.

Jung Yong Hwa Hologram merupakan sebuah program realiti terbitan terbaharu Mnet dan ia akan bersiaran selama empat episod.


Lee Jong, Jung Yong Hwa.

Artikel Lain