suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kehidupan Lee Jong Suk Tidak Terurus Kerana Dunia Lakonan

POPULARITI yang dikecapi Lee Jong Suk selepas berjaya dengan drama-drama seperti I Can Hear Your Voice, Doctor Stranger dan filem The Face Reader membuatkan diri aktor ini tertekan.

Lee berkata, dia berasa tertekan apabila tidak mempunyai masa untuk bercuti dan menenangkan fikiran.

"Sejak akhir-akhir ini prestasi hidup saya semakain merosot hingga saya rasa sudah tidak punya arah. Saya sangat mencintai dunia lakonan ini, namun saya sangat penat sekarang.

"Sejak menjadi artis, saya tidak mempunyai masa untuk bercuti dan berehat menenangkan fikiran," ujarnya.

Tambahnya, dia kini sedang memikirkan untuk berehat sementara daripada dunia lakonan bagi memberi masa kepada diri dan keluarga.

Bagaimanapun, ketika ini dia juga menerima tawaran lumayan untuk membintangi sebuah filem berjudul Pinocchio.

"Kalau saya berehat ia pasti akan mengambil masa yang agak panjang dan saya juga sedang mempertimbangkan tawaran untuk terlibat dengan filem Pinocchio. Semuanya sedang difikirkan lagi," katanya.
Lee Jong Suk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain