suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Brad Pitt Tidak Mahu Anak Perempuannya Bertatu

Brad Pitt dan Angelina Jolie

BINTANG filem Angelina Jolie mendedahkan, suaminya Bard Pit agak kurang senang jika anak-anak perempuan mereka berhasrat melukis tatu di badan.

Angelina berkata, sebelum ini tiga anak perempuannya iaitu Vivienne, 6, Shiloh, 8, dan Zahara, 9, pernah bertanya adakah mereka boleh melukis tatu pada badan masing-masing.

"Mereka sudah bertanya kepada saya mengenai tatu. Macam mana saya nak kata tidak? Atas sebab-sebab tertentu, seseorang lelaki mungkin berasa sedikit sensitif apabila anak perempuan mempunyai tatu," katanya.

Angelina, 39, dan Brad, 50, yang turut mempunyai tiga anak lelaki iaitu Knox, 6, Pax, 11, dan Maddox, 13,  bersetuju supaya anak-anak mereka patut meneruskan kerjaya berbeza mengikut kehendak masing-masing.

Bercakap kepada majalah Radio Times tambahnya, anak-anak juga harus mencari pekerjaan yang sebenar dalam hidup mereka.

"Bagaimanapun saya berharap jika anak-anak saya melihat perkara lain di dunia ini, ia akan menjadi inspirasi kepada mereka untuk menjadi sama ada penulis, ahli politik atau aktivis.

"Mereka mempunyai hak peribadi. Saya membayangkan, mereka tidak akan mengikut apa yang dilakukan ibu dan ayah mereka," katanya.

Brad Pitt, Angelina Jolie

Artikel Lain