suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Miley Cyrus Liar Kerana Pengaruh Patrick Schwarzenegger

Miley kini sedang menjalinkan hubungan dengan Patrick Schwarzenegger.

SATU persatu masalah sosial yang ditimbulkan bintang muda Hollywood Miley Cyrus.

Menurut laporan Contactmusic, dengan gaya penampilan yang esentrik, beraksi panas di atas pentas, kaki kelab sehinggalah sudah mula biasa dengan dadah, segala perubahan liar penyanyi itu dikatakan berpunca daripada kekasihnya, Patrick Schwarzenegger.

Sumber berkata, anak kepada Arnold Schwarzenegger itu banyak membawa pengaruh buruk kepada Miley apatah lagi penyanyi itu semakin seronok berparti di pelbagai kelab malam hampir setiap hari.

"Patrick telah menyenaraikan beberapa kelab malam untuk dikunjungi bersama Miley serta teman-teman mereka yang lain.

"Miley pula sanggup tidak berehat semata-mata mahu berparti meskipun baru saja selesai membuat persembahan konsert di Miami, Florida, baru-baru ini," kata sumber tersebut.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan, pasangan berkenaan langsung tidak mendapat restu daripada ibu Patrick iaitu Maria Shriver yang menganggap Miley telah membawa pengaruh buruk terhadap anaknya itu.

Artikel Lain