suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rumah Tangga Avril Lavigne Berantakan Lagi

Avril Lavigne dan Chad Kroeger.

PENYANYI Avril Lavigne nampaknya kembali berhadapan dengan masalah sulit apabila rumah tangganya dengan vokalis Nickleback, Chad Kroeger sedang berada di hujung tanduk.

Menurut laporan US Weekly, pasangan itu difahamkan tidak mahu mengalah antara satu sama lain sehingga menimbulkan pertengkaran hampir setiap hari.

"Sudah berakhir. Chad dilihat berada di Los Angeles dan mengatakan kepada rakannya bahawa mereka sedang dalam proses cerai," kata sumber.

Dalam pada itu, ramai yang terkejut dengan berita itu tetapi rakan-rakan Avril sejak dari awal lagi kurang senang dengan Chad yang dianggap tidak mempunyai adab apabila melayani wanita.

Ogos lalu, pasangan itu masih lagi dilihat mesra malah Avril sempat memuat naik foto bersama Chad yang sedang meraikan ulang tahun mereka yang pertama di Instagram.

Sehingga kini pasangan itu mahupun jurucakap mereka tidak memberi sebarang kenyatan berhubung perkara itu.

Avril Lavigne, Chad Kroeger

Artikel Lain