suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Eva Mendes & Ryan Gosling Sambut Kelahiran Anak Sulung

Eva Mendes dan Ryan Gosling semakin bahagia sejak kelahiran anak sulung mereka pada Jumaat lalu

SUASANA bahagia menyelubungi kehidupan Eva Mendes dan Ryan Gosling apabila mereka baharu saja menyambut kehadiran anak sulung.

Menurut laporan Aceshowbiz, Eva melahirkan anak perempuan pada Jumaat lalu di Los Angeles, Amerika Syarikat.

"Eva benar-benar seronok menjadi ibu dan dia tidak pernah sebahagia ini. Begitu juga dengan Ryan, dia terpesona dengan kehadiran bayi itu," kata sumber.

Pada Februari lalu, khabar angin mengenai kehamilan Eva mula tersebar. Para media dapat menghidu perkara itu selepas dia gagal menghadirkan diri ke sebuah acara kerana tidak sihat.

Bagaimanapun Eva mahupun Ryan menafikan perkara itu dan tidak lama kemudian mereka memilih untuk berterus terang mengenai kehamilan berkenaan.

Pasangan itu mula menjalinkan hubungan cinta sejak tahun 2011.

Eva Mendes, Ryan Gosling

Artikel Lain