suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lee Byung Heon Mengaku Curang Terhadap Isteri

Lee Byung Heon membuat permohonan maaf secara terbuka kepada isteri dan peminatnya.

PELAKON Lee Byung Heon secara terbuka mengakui berlaku curang terhadap isterinya, Lee Min Jung selepas dua wanita memeras ugut untuk mendedahkan perbuatan aktor tersebut kepada umum.

Soompi melaporkan dua wanita tersebut yang juga penyanyi iaitu Dahee daripada kumpulan Glam dan Lee Ji Yeon mengaku menjalinkan hubungan sulit dengan Byung Heon sekitar Jun lalu.

Byung Heon yang selama ini mendiamkan diri daripada memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara itu tampil membuat permohonan maaf dan mengakui semua yang berlaku adalah kesalahannya.

Malah dia berasa kesal kerana menyakiti hati isterinya dan berharap wanita berkenaan dapat memaafkan atas segala kesilapan yang dilakukan.

"Saya tidak dapat memutarkan waktu tetapi saya berjanji akan lebih berhati-hati pada masa hadapan dan akan melakukan apa sahaja dalam membahagiakan isteri saya," katanya.

Artikel Lain