suria

Hubungan Semakin Serius, Emma Watson Tinggal Bersama Kekasih

Emma dan Matthew menjalinkan hubungan cinta sejak sembilan bulan lalu.

HUBUNGAN pelakon filem Harry Potter iaitu Emma Watson dan kekasihnya, Matthew Janney nampaknya semakin serius apabila pasangan itu tinggal bersama.

Daily Mail 
melaporkan Emma dilihat sibuk memindahkan barang-barang daripada apartmennya untuk dibawa masuk ke rumah baharu mereka yang terletak di pinggir kota London.

Keputusan pasangan itu untuk tinggal bersama agak mengejutkan kerana hubungan mereka baharu sahaja menjangkau usia sembilan bulan.

Mereka bertemu pada Disember tahun lalu ketika menghadiri pertandingan sukan ragbi yang disertai oleh Matthew di London dan kelibat pasangan itu dilihat mesra sebulan kemudian.

Emma Watson, Harry Potter.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain