suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Roaring Currents' Kutip Lebih RM350 Juta Di Korea Selatan

Filem Roaring Currents berjaya memecah rekod box office.
SEBUAH filem baharu Korea Selatan, Roaring Currents telah mencecah rekod box office apabila ia berjaya meraih kutipan AS$110.54 juta (RM350.7 juta) dalam tempoh 12 hari.

Menurut laporan Soompi, sehingga kini hanya 10 filem sahaja yang berjaya menembus box office seperti The Thieves yang meraih sebanyak  ASS$91 juta (RM288 juta) dan Miracle In Cell No.7 dengan kutipan AS$89.44 juta (RM283 juta).

Roaring Currents mengisahkan tentang perang Imjin antara Dinasti Joseon dan Jepun dimana tentera Jepun telah mengepung ibu kota Joseon.

"Filem ini berkaitan dengan isu-isu sejarah negara dan ia semestinya mendapat perhatian daripada masyarakat Korea. Mungkin kerana itu, ia berjaya mencapai kutipan yang sangat tinggi," kata salah seorang penonton yang menyaksikan filem berkenaan.

Roaring Currents yang diarahkan Kim Han-min dibintangi Choi Min-sik,Ryu Seung-ryong, Cho Jin Woong dan Kim Myung Gon.

Roaring Currents

Artikel Lain