suria

Luhan (EXO) Terima Pengiktirafan Guinness World Records

Luhan bersama sijil dan pingat daripada Guinness World Records yang diterimanya.
ANGGOTA kumpulan EXO iaitu Luhan menerima pengiktirafan daripada Guinness World Records selepas mendapat jumlah komen tertinggi dalam laman sosial Weibo dua tahun lalu.

Allkpop melaporkan Luhan memuat naik sebuah video bertajuk That's Why I Love Manchaster United pada 10 September 2012 dan menerima 13.2 juta komen daripada peminat dan pengunjung laman sosial itu.

Menerusi rekod itu, Luhan menerima sijil penghargaan dan pingat atas pencapaiannya itu yang diberikan khas oleh wakil Guinness World Records di Seoul, Korea Selatan.

Pencapaian itu turut membuktikan populariti Luhan dikalangan peminat bukan sahaja di Korea tetapi seluruh dunia.

Luhan ketika ditemubual mengenai penganugerahan tersebut memberitahu ia adalah sesuatu yang diluar jangkaan dan berterima kasih atas sokongan peminat terhadapnya terutama Weibo.
Luhan, EXO, Weibo.

Artikel Lain