suria

Super Junior Buat Kemunculan Semula

Super Junior

NAMPAKNYA, industri KPop bakal digegarkan oleh kumpulan popular Korea Selatan, Super Junior apabila mereka bakal membuat kemunculan semula pada September depan.

Menurut laporan portal Allkpop, agensi kumpulan tersebut iaitu SM Entertainment berkata, Super Junior akan melancarkan album ketujuh mereka dengan memuatkan sebanyak 10 buah lagu.

"Sehingga kini kami masih belum mempunyai tarikh rasmi pelancaran album baru Super Junior. Mungkin pada September depan, sebelum konsert jelajah mereka bermula," kata wakil agensi berkenaan.

Mengikut jadual, konsert kumpulan itu bakal diadakan bermula 20 sehingga 21 September depan.

Super Junior

Artikel Lain