suria

Chris Martin & Jennifer Lawrence Semakin Intim

Jennifer dan Chris dikatakan menjalinkan hubungan cinta pula.

SEMUA tahu, Jennifer Lawrence dan Chris Martin masing-masing antara selebriti sensasi di Hollywood dan nampaknya mereka dikatakan kerap bersama.

Menurut laporan portal E! Online, Jennifer dan Chris dilihat sering berjumpa berdua-duaan selain dilihat semakin intim dan mesra.

"Hubungan Chris dan Jennifer dapat dihidu apabila mereka kerap keluar bersama. Kemesraan yang ditunjukkan jelas bahawa mereka sekarang lebh intim," kata sumber.

Chris sudah pun mengumumkan perpisahannya dengan Gwyneth Paltrow pada Mac lalu selepas 10 tahun berkahwin dan dikurniakan dua orang anak iaitu Apple dan Moses.

Jennifer pula telah mengakhiri perhubungannya dengan Nicholas Hault baru-baru ini.

Bagaimanapun, sehingga kini, baik di pihak Chris mahupun Jennifer belum memberi sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut.

Chris Martin, Jennifer Lawrence

Artikel Lain