Yong Hwa Pamer Tubuh Berotot Dalam Drama The Tree Muskeeters

AHLI kumpulan CNBlue iaitu Jung Yonghwa bersedia mempamerkan tubuh berototnya dalam drama The Tree Muskeeters yang sedang dalam penggambaran.

Perkara tersebut tidak pernah dilakukan olehnya dalam drama-drama yang dibintanginya sebelum ini. 

Yong Hwa yang membawa watak sebagai Park Dal Hyang memerlukannya melakukan adegan pertarungan yang menggunakan pedang.

Dalam sebuah foto eksklusif yang dikeluarkan tvN, Yong Hwa dilihat menayangkan badan berototnya.

Pengarah Lee Young memuji penampilan penyanyi lagu Can't Stop dan lakonannya dalam drama berlatar belakangkan Dinasti Joseon itu.

"Dia belajar dengan cepat untuk adegan aksi dan berkuda. Yong Hwa mempunyai semangat dan keinginan yang tinggi untuk membuat sendiri setiap aksi tersebut," ujar pengarah.

The Three Musketeers akan ditayangkan pada 17 Ogos akan datang di tvN. Drama yang menelan belanja agak besar ini akan ditayangkan selama tiga musim.
Yong Hwa, The Tree Muskeeters

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain