suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Soyeon (T-ara) Nafi Lakukan Pembedahan Plastik

Soyeon tampil menjelaskan dia tidak pernah melakukan pembedahan plastik seperti didakwa sesetengah pihak.
ANGGOTA kumpulan T-ara iaitu Soyeon yang didakwa melakukan pembedahan plastik tampil membidas kenyataan tersebut menerusi laman Twitter miliknya.

Soompi melaporkan Soyeon membuat kenyataan itu selepas mendapat kritikan hebat daripada peminatnya ekoran dia memuat naik sekeping gambar 'selfie' di laman sosial Instagram baru-baru ini.

"Rasanya ramai yang sudah salah faham dan apa yang boleh saya katakan tuduhan berkenaan tidak benar," katanya.

Gosip mengenai perkara itu rancak diperkatakan apabila peminat mendakwa hampir tidak mengenali Soyeon dan ahli lain T-ara yang kelihatan berbeza ketika membuat kemunculan dalam satu acara baru-baru ini.

Malah tindakan Soyeon memuat naik sekeping gambarnya yang bersahaja tanpa solekan turut mendapat perhatian peminat yang mendakwa penyanyi itu mengubah wajahnya.

"Saya akan lebih berhati-hati dengan apa yang saya kongsi di laman sosial selepas ini kerana tidak mahu mereka salah faham," ujarnya.
T-ara, Soyeon, Kpop.

Artikel Lain