suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jewel & Ty Murray Bercerai Selepas 16 Tahun Kahwin

Jewel dan Ty akhirnya memutuskan untuk bercerai selepas 26 tahun bersama.
SELEPAS 16 tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya pasangan Jewel dan Ty Murray membuat keputusan untuk bercerai.

Menurut laporan Huffington Post, perkara itu dimaklumkan menerusi blog milik Jewel, 40, yang dimuat naik pada Rabu lalu dan berita itu benar-benar mengejutkan ramai pihak.

"Saya dan suami sudah bersama selama 16 tahun tetapi kami memutuskan mahu bercerai.

"Kami selalu cuba memperbaiki rumah tangga kami tetapi gagal. Demi menjaga perhubungan bersama, lebih baik kami berpisah.

"Sekurang-kurangnya masih ada rasa kasih sayang di antara saya dan Ty. Semua ini adalah demi anak kami, Kase yang masih lagi kecil," katanya.

Pasangan ini telah berkahwin di Bahamas pada tahun 2008 selepas menjalinkan hubungan cinta selama 10 tahun.
Jewel, Ty Murray, Cerai 2014

Artikel Sebelum

Artikel Lain