suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dewi Sandra Mengaku Tidak Pandai Mengaji

Dewi memberitahu sedang mempelajari membaca Al-Quran.
PELAKON dan penyanyi Dewi Sandra tidak malu mengakui bahawa dia tidak pandai membaca Al-Quran dan masih dalam proses memantapkan bacaan kitab suci umat Islam itu.

Dewi bagaimanapun berkata, peranan berlakon dalam drama bersiri Catatan Hati Seorang Isteri (CHSI) yang memerlukannya membaca Al-Quran dalam beberapa babak drama itu membuka peluang untuknya mempelajari Al-Quran.

"Pada mulanya saya bimbang juga tapi ini mungkin cara Allah menunjukkan jalan untuk saya mula mempelajari kitab tersebut," jelasnya.

Demi peranan Hana dalam CHSI, Dewi berkata, dia akhirnya mula mempelajari membaca Al-Quran dan mengakui pembacaannya kini semakin baik.

"Saya mula dari bawah dan tiada apa yang ingin saya malukan kerana akhirnya jalan untuk belajar itu sudah terbuka," ujarnya.

Pelakon jelita itu sebelum ini mengejutkan semua pihak apabila meninggalkan imej seksi dan tampil imej menutup aurat.

Artikel Lain