suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lana Del Ray Tinggalkan Teman Lelaki Kerana Ingin Bebas

Lana mengakui hubungannya dengan Barrie-James telah pun berakhir.

PENYANYI Lana Del Rey membuat pengakuan telah memutuskan hubungan dengan teman lelakinya, Barrie-James O'Neill baru-baru ini ketika muncul dalam program 20 Minutes.

Portal Contact Music melaporkan, Lana membuat keputusan meninggalkan kekasihnya itu kerana mahu merasai hidup bebas tanpa terikat dengan mana-mana lelaki.

Jelas Lana, biarpun berasa sedih atas perpisahan tersebut namun ia adalah keputusan yang perlu dilakukan demi kebahagian mereka berdua pada masa hadapan.

"Kami berdua sudah tidak bersama sebagai pasangan. Apa yang boleh saya katakan dia adalah seorang lelaki yang baik dan selebihnya biarlah kami sahaja yang tahu.

"Tetapi apa yang pasti saya tidak lagi merasa bebas dan inginkan perasaan itu kembali," jelasnya.

Lana Del Ray.

Artikel Sebelum

Artikel Lain