suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Morgan Freeman Bakal Tinggalkan Dunia Lakonan

Morgan mahu bersara selepas 40 tahun berlakon.
PELAKON terkenal Hollywood Morgan Freeman dilaporkan bakal bersara daripada dunia lakonan selepas hampir 40 tahun mendambakan diri dalam bidang tersebut.

Menurut laporan Showbizspy, Morgan, 76, ingin menghabiskan sisa hidupnya sebagai seorang petani selain tidak mahu lagi menjadi tumpuan paparazi yang sentiasa mengekorinya.

Malah masalah kesihatannya yang terganggu sebelum ini turut menjadi alasan mengapa pelakon filem Now You See Me itu ingin mengundurkan diri daripada dunia lakonan.

"Morgan mengalami masalah kesihatan serius dan dia tidak lagi berupaya untuk berlakon seperti mana pada zaman kegemilangannya dahulu," kata sumber.

Bagaimanapun Morgan masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi mengenai perkara tersebut.

Morgan Freeman, Bersara.

Artikel Berikut

Artikel Lain