suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Christina Ricci Sahkan Sedang Hamil

Christina Ricci menerusi jurucakapnya mengesahkan dia kini sedang hamil anak sulung.

BEBERAPA bulan lalu, pelbagai spekulasi timbul tentang kehamilan Christina Ricci dan akhirnya pihak aktres itu telah mengesahkan perkara tersebut.

Menurut laporan E!Online, juru cakap Christina mengesahkan kehamilan itu dan ini merupakan pengumuman rasmi pertama yang dikeluarkan oleh aktres itu.

vwe
Christina bersama suami sedang menanti cahaya mata sulung mereka.

Bagaimanapun ini bukan hal yang mengejutkan memandangkan isteri kepada James Heerdegen itu pernah memaparkan foto diri dengan perutnya yang besar.

Christina dan James berkahwin di Upper East Side, Harold Pratt House & Peterson, New York City pada 26 Oktober tahun lalu dan selepas hampir setahun, mereka akhirnya merancang untuk memiliki cahayamata.

Christina Ricci

Artikel Lain