suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beyonce Tidak Dijemput Ke Majlis Kahwin Kim Kardashian

Terdapat khabar angin meragukan apabila Beyonce dan Jay Z dikatakan sedang bermasalah dengan Kim serta Kanye.

AKHIRNYA Kim Kardashian dan Kanye West rasmi bernikah selepas melafaz ikrar sumpah setia dalam sebuah upacara pernikahan yang berlangsung di Florence, Itali pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun, menurut laporan EOnline, rakan baik pasangan itu, Beyonce Knowles  dikatakan tidak menghadiri hari bahagia Kim dan Kanye.

Sebaliknya penyanyi lagu Single Ladies itu memuat naik foto 'selfie' baru bangun tidur di Instagram miliknya ketika majlis pernikahan sedang berlangsung.

vw
Foto 'selfe' yang dimuat naik Beyonce di Instagram pada hari perkahwinan Kim dan Kanye.

Dan melihat foto tersebut, ramai mengagak penyanyi itu seperti tidak menghadiri ke acara itu.

Beberapa hari sebelum pernikahan itu, terdapat khabar angin meragukan apabila Beyonce dan Jay Z dikatakan sedang bermasalah dengan Kim dan Kanye.

Sedangkan Jay Z dan Kanye merupakan sahabat karib lama dan pernah berkolaborasi menerusi album Watch the Throne pada tahun 2011.

Artikel Sebelum

Artikel Lain