suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pergaduhan Adik Beyonce & Abang Ipar Selesai

Solange sering bersama pasangan Beyonce dan Jay Z dalam menghadiri mana-mana acara hiburan.

MINGGU lalu, dunia Hollywood menjadi kecoh apabila video pergaduhan antara Jay Z dan adik kepada Beyonce Knowles iaitu Solange di dalam lif tersebar.

Kejadian berlaku ketika mereka mahu pulang selepas acara Met Gala 2014 awal Mei lalu.

Bagaimanapun, menurut laporan Dailymail, pertelingkahan Solange dengan abang iparnya itu nampaknya tidak berlarutan apabila kedua-dua mereka sudah pun berdamai.

vswe
Jay Z (atas) dan Solange (kanan) dikatakan sudah berdamai selepas mereka dilihat bergambar bersama di laman wen rasmi Beyonce.

Mereka benar-benar dilihat kembali berbaik semula selepas foto keluarga yang dirakamkan kelihatan Jay Z dan Solange turut berada sama.

Foto tersebut dimuat naik dalam laman web rasmi milik Beyonce pada Isnin lalu.

Keceriaan jelas dilihat dalam foto tersebut seolah-olah tiada masalah yang berlaku di antara mereka.

Artikel Lain