suria

Wajah Yang Suatu Ketika Dulu Comel Kini Tak Dikenali Lagi

Tidak lagi secomel dulu... foto terbaru Macaulay Culkin, pelakon kanak-kanak filem Home Alone.

SUATU ketika dahulu dia adalah pelakon kanak-kanak paling popular di layar perak tetapi hari ini, Macaulay Culkin kelihatan sangat berbeza berbanding wajah comel yang memukau sesiapa sahaja yang menonton filem lakonannya terutama Home Alone.

Kini berusia 33 tahun, Culkin tidak lagi berlakon sebaliknya telah bertukar arah menjadi pemuzik dan banyak menghabiskan masa di London sepertimana dilihat pada Selasa baru-baru ini.

Dia kini bersama-sama bandnya, Pizza Underground sedang menjelajah United Kingdom untuk mempromosikan lagu dan kumpulan mereka.

Daripada foto yang disiarkan oleh portal berita Britain, Mail Online, Culkin kelihatan seperti hipster dengan rambut panjang yang bergulung-gulung dan janggut yang tak terurus.

Macaulay Culkin
Wajah Macaulay Culkin yang comel pada zaman kanak-kanaknya.

Dia juga mengenakan pakaian yang sangat kasual seperti jeans, jaket denim, baju-T dan but.

Walaupun dia disabitkan dengan ketagihan dadah yang serius pada 2012, tetapi kini, Culkin kelihatan sihat tetapi merokok tanpa henti.

Adalah difahamkan, dia boleh menghabiskan 60 batang rokok dalam sehari.

Pizza Ungerground yang disertai Culkin ditubuhkan pada 2012 adalah sebuah kumpulan muzik 'underground' dan setiap lirik lagu yang mereka dendangkan diubah agar ia berkaitan dengan piza.

Culkin kini mempunyai kekasih bernama Jordan Lane Price, 23, sejak tahun lalu.

Jordan dikatakan kelihatan iras-iras seperti Mila Kunis iaitu kekasihnya dari 2002 sehingga mereka berpisah pada 2010.

Walaupun perpisahan mereka dikatakan dibuat atas persetujuan bersama tetapi dunia hiburan tahu yang Culkin tidak dapat mengatasi tempoh 'kesengsaraan' akibat daripada perpisahan tersebut sehinggalah dia bertemu Jordan.

Macaulay Culkin, Home Alone

Artikel Lain