suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Park Shin Hye Raih Populariti Luar Biasa Di China

Park Shin Hye popular di China.
NAMA Park Shin Hye mula menjadi perhatian selepas membintangi drama You're Beautiful bersama Jang Geun Suk.

Dia dijadualkan bertemu peminat dalam siri jelajah dunia berjudul Park Shin Hye World Tour: Story of Angel.

Seperti dikhabarkan, pelakon itu akan bertemu peminat di beberapa negara seperti Thailand, China, Jepun, Taiwan, Hong Kong dan Filipina.

Sementara itu,  Mwave melaporkan, kedatangan artis ini ke China mendapat reaksi yang sangat baik daripada insuatri seni negara itu. Agensi pelakon ini telah dihubungi oleh beberapa stesen televisyen negara tersebut.

Ada yang telah menawarkan Park Shin Hye untuk berlakon drama, membintangi iklan dan menjadi tetamu program televisyen.

Seorang sumber memberitahu, Lee Min Ho dan Park Shin Hye meraih populariti yang luar biasa di China.

Bagaimanapun, pihak pengurusan kedua-dua artis terbabit masih belum memutuskan tentang tawaran yang diterima itu.


Park Shin Hye, Lee Min Ho

Artikel Sebelum

Artikel Lain