suria

Rain Terima Anugerah Khas QQ Music Awards

Rain menerima anugerah 'Most Influential International Artist' di QQ Music Awards pada Khamis lalu.
PENYANYI Rain telah diberi penghormatan untuk menerima anugerah Most Influential International Artist di QQ Music Awards yang berlangsung di Beijing, China pada Khamis lalu.

Portal Soompi melaporkan Rain turut mengadakan persembahan pada malam tersebut dengan menyampaikan dua buah lagu iaitu 30 Sexy dan LA Song daripada album terbaharunya. 

Turut hadir pada acara gilang gemilang itu adalah Jay Chou, Jolin Tsai, Lang Lang dan Shila Amzah.

Dalam pada itu, Rain sempat memuat naik gambarnya bersama trofi kemenangannya dalam laman sosial Weibo dan berterima kasih kepada semua peminat yang sentiasa menyokong kerjaya seninya. 

Kehadiran Rain di Beijing adalah untuk menjayakan sebuah konsert bersempena pelancaran album terbaharunya selepas dua tahun menyepi daripada sebarang aktiviti muzik.
Rain, QQ Music Awards.

Artikel Lain