suria

Sidang Media Super Junior M Ditonton Sejuta Penonton

Super Junior M yang dianggotai oleh lapan ahli kumpulan itu bakal muncul dengan album terbaharu mereka berjudul Swing.
SUPER Junior M membuktikan bahawa mereka adalah kumpulan K-Pop berpengaruh di China apabila perhatian luar biasa yang diterima mereka semasa berkunjung ke negara itu baru-baru ini.

Menurut laporan Allkpop, sidang media yang berlangsung bagi mempromosikan album terbaharu mereka berjudul Swing itu telah ditonton lebih satu juta penonton yang disiarkan secara langsung menerusi laman IQIYI.

Malah sidang media yang diadakan di Beijing itu turut dihadiri oleh 150 wakil media dan 70 jurugambar memenuhi dewan tempat acara itu berlangsung.

Kesemua lapan ahli kumpulan itu sempat berbicara tentang kegembiraan terhadap sambutan peminat selain berkongsi perancangan untuk mempromosikan album terbaharu mereka.

Super Junior M, Swing.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain