suria

Kajol Kurangkan Lakonan Demi Anak

Kajol sanggup berhenti berlakon demi anak-anak.

MENJADI seorang ibu benar-benar mengubah kehidupan Kajol, malah dia sanggup meninggalkan karier lakonan demi memberi sepenuh perhatian terhadap anaknya.

Menurut laporan portal OneIndia, Kajol berkata, sejak menjadi ibu kepada Nysa Devgan, 11, Yug Devgan, 4, dia mahu memastikan kebajikan anak-anak terutamanya dalam hal akademik perlu diberi perhatian.

"Satu-satunya alasan saya tidak berlakon banyak dalam Bollywood adalah kerana anak-anak saya.

"Mereka memerlukan perhatian dan tugas saya adalah menghabiskan banyak masa dengan mereka.

"Saya tidak melahirkan anak hanya kerana mahu mengabaikan mereka dan kemudian sibuk dengan kerja. Saya bukan orang seperti itu," katanya.

Tambah Kajol, memandangkan suaminya, Ajay Devgan juga sibuk dengan filem, maka dia terpaksa mengurangkan lakonannya bagi meluangkan masa bersama anak-anak.

Kajol, Aktres, Bollywood

Artikel Lain