suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mary-Kate Olsen Sudah Bertunang

Mary-Kate Olsen

AKTRES Mary-Kate Olsen yang popular menerusi lakonan-lakonan filem ketika di zaman kanak-kanak nampaknya kini sudah dewasa.

Menurut laporan Dailymail, bintang filem Winning London sudah pun rasmi bertunang dengan kekasihnya Oliver Sarkozy.

"Kedua-dua mereka masih belum membuat sebarang kenyataan lagi. Namun jika mereka berkahwin, ini merupakan perkahwinan pertama buat Kate dan kedua buat Oliver," kata sumber.

Mary Kate and Oliver

Pada mulanya hubungan cinta Kate dan Oliver menjadi kontroversi kerana perbazaan umur mereka.


Pasangan ini mula menjalinkan hubungan sejak tahun 2012. Oliver merupakan anak saudara bekas presiden Perancis, Nicolas Sarkozy dan pernah berkahwin dengan Charlotte Bernard.

Pada awalnya, hubungan cinta mereka menjadi kontroversi memandangkan Kate, 27, jauh lebih muda berbanding Oliver yang berusia 44 tahun.

Namun Kate yakin Oliver mampu menjadi suami dan bapa yang baik.

Mary Kate, Oliver Sarkozy

Artikel Lain