suria

Ashton Kutcher & Mila Kunis Bertunang, Demi Moore Tenang

Demi Moore dilihat lebih tenang dengan berita pertunangan bekas suaminya, Ashton Kutcher

SEBELUM ini, Demi Moore merupakan orang pertama yang kecewa ketika mendapat tahu Ashton Kutcher dan Mila Kunis dikhabarkan menjalinkan hubungan cinta.

Bagaimanapun, berita mengenai pertunangan Ashton kali ini tidak pula membuatkan Demi berasa sedih dan ini terbukti apabila Demi tampil mengunjungi ke sebuah kedai kopi di Los Angeles Jumaat lalu dengan wajah yang cukup tenang.

Menurut laporan Dailymail, wajah Demi langsung tidak menunjukkan dia terganggu dengan berita pertunangan bekas suaminya itu.

Ashton, Mila Kunis

Mila Kunis dan Ashton sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini.


Khabar pertunangan Ashton dan Mila mula tersebar apabila aktres itu dilihat muncul dengan cincin berlian di jari manisnya.

Terdahulu, Demi dan Ashton mengumumkan penceraian pada November 2011. Namun proses penceraian itu mengambil masa yang agak lama sehingga mereka rasmi bercerai dua tahun kemudian.

Ini kerana Demi enggan memberi kerjasama menandatangani beberapa dokumen kerana tidak boleh menerima hakikat dirinya akan berpisah dengan lelaki yang dicintainya itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain